3 Feb 2018   |     admin   |     Event, Sports, University   |     ,

SUKIPT 2018



Logo SUKIPT 2018

Sukan Institusi Pengajian Tinggi – SukIPT adalah acara sukan antara institusi-institusi pengajian tinggi yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi – KPT dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan antara IPT lainnya termasuklah MASUM, MSP, MASKOM & MASISWA. Kejohanan SUKIPT ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan telah diadakan secara dwitahunan dengan diselang-selikan bersama penganjuran Karnival Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).. banyak betol kejohanan sukan mereka 🙂

Penganjuran SUKIPT ini merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Tinggi – KPT untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu. Penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia dan bagi penganjuran edisi ketiga ini, kontinjen jemputan untuk kejohanan ini ditambah dengan jemputan antarabangsa melibatkan negara-negara dalam Asia Tenggara selain turut mempertandingkan beberapa acara sukan untuk atlet kelainan upaya – OKU.

Pada tahun ini kejohanan SUKIPT 2018 diadakan di UKM, Bangi, namun beberapa acara akan turut di adakan di IPT-IPT lain yang terdapat di sana termasuklah UPM, UNITEN, UPNM, USIM, GMI dan beberapa lokasi di Bangi.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.