Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia – MASKOM berobjektif untuk:
• Menjadi badan induk yang merancang dan melaksanakan program sukan utama Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Komuniti bagi mencapai Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (DPSIPT).
• Mempertingkatkan dan membangunkan sukan di kalangan pelajar kolej komuniti selaras dengan perkembangan sukan negara.
• Menyelaraskan aktiviti dan pertandingan sukan antara Kolej Komuniti.
• Mempertingkatkan kemahiran pengurusan sukan secara profesional dari aspek pengelolaan pertandingan, pengurusan pasukan, kejurulatihan dan kepegawaian kepada pelajar dan staf kolej komuniti.
• Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, kekeluargaan, nilai-nilai murni dan sahsiah sepadu di kalangan pelajar dan staf kolej komuniti serta komuniti setempat.
• Menjadi badan penyelaras dengan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan bagi mendapatkan kerjasama dari segi latihan, penyertaan, penganjuran dan pengelolaan, kepegawaian serta pengurusan teknikal.
• Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara.
Leave a Reply