26 Dec 2010   |     creativcolor   |     Organisation, University   |    

Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi : Politeknik Sultan Idris Shah



Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(JTMK) mula beroperasi pada 15 Mei 2005 merupakan Jabatan ke-7 yang ditubuhkan di bawah Politeknik Sultan Idris Shah. Lokasi pejabat Jabatan adalah di Blok G Aras 3. Staf Jabatan Teknologi Maklumat terdiri daripada 12 orang staf akademik.

Penubuhan JIT ini selaras dengan dasar untuk melahirkan ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. Jabatan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bilik kuliah dan makmal dengan teknologi terkini serta menawarkan persekitaran pembelajaran yang serba lengkap dan kondusif.

Persekitaran yang berhampiran dengan persisiran pantai Selat Melaka turut memberi nilai tambahan yang terbaik kepada para pelajar untuk melalui proses pembelajaran dengan tenang dan selesa. Pengambilan pelajar buat pertama kali bagi Jabatan Teknologi Maklumat adalah pada sesi Januari 2006 dengan seramai 36 orang.

Download Logo Here!









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.