20 Oct 2014   |     admin   |     School   |    

SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang



Logo SMKSAAS Kajang

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang terletak di Km 22, Jalan Cheras, Selangor. Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1959 dengan penubuhan Darjah Menengah Melayu sebagai sekolah menengah Melayu pertama di Daerah Hulu Langat. Penubuhan Darjah Menengah Melayu berkait rapat dengan perkembangan pendidikan aliran Bahasa Melayu di Malaysia selaras dengan perkembangan pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan untuk semua kaum menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Pada awalnya, Darjah Menengah Melayu yang ditubuhkan ini tidak mempunyai bangunan sekolah sendiri hinggalah di awal tahun 1960an, Darjah Menengah Melayu mengalami pertambahan bilangan kelas serta murid kerana sambutan masyarakat yang begitu baik. Ini mendorong kerajaan membina sebuah sekolah menengah di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang dan siap penghujung tahun 1963. Sekolah ini mula dibuka pada Januari 1964 dengan nama Sekolah Menengah Melayu yang menumpang di Sekolah Rendah Lelaki Kajang berpindah ke sekolah ini.

Pada 5 Mei 1967, sekolah ini telah dirasmikan dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah. Nama ini adalah bersempena dengan nama perasminya iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor pada ketika itu.. via wiki

Download Vector Logo of SMKSAAS Kajang

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.