SK Sinaran Budi sekarang adalah berasal daripada Government English School, Rawang. Ditubuhkan pada 3 Januari 1958. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 9 bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah kedai buku. Bilangan guru adalah 11 orang sementara bilangan murid hanya 316 orang. Sekolah ini dirasmikan oleh Abdul Karim Bin Aneh, Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 11 Julai 1958. Pada tahun 1962, 8 buah bilik darjah telah ditambah dan telah dirasmikan oleh YAB Bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Abu Bakar Bin Baginda pada 14 jun 1963. Kemudian, pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung pertambahan jumlah murid. Sepuluh tahun selepas itu iaitu pada 2009, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung jumlah murid yang terus bertambah. Kini SK Sinaran Budi terus gah berdiri meski usianya menjangkau lebih 50 tahun.
http://sksbrawang.blogspot.com/
Download / Muat turun dari Forum Vectorise.net
atau
Download / Muat turun dari Google Drive
Leave a Reply