Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang akan menjadi platform rasmi bagi setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya juga akan membangunkan satu kerangka integriti akademik bagi menjelaskan lagi ciri integriti akademik di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kerangka ini penting kerana ia akan dapat membantu menghasilkan tenaga pensyarah yang berkualiti sekali gus menjadi contoh kepada pelajar di kampus. Beliau percaya eko-sistem integriti ini akan menghasilkan budaya kecemerlangan IPT di negara.
Download Vector of Rakan Integriti Mahasiswa (RIM)
Leave a Reply