8 Apr 2014   |     JrMann   |     Government, Society   |     , , ,

AKRAB – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam



Logo AKRAB terdiri daripada 3 warna utama iaitu biru bermaksud ketenangan, keharmonian, warna kehidupan, kesetiaan dan kemanusiaan; kuning bermaksud keceriaan, bebas dari belenggu masalah dan merah bermaksud bersedia membantu dan membimbing. Bentuk 3 orang di tengah logo bermaksud semangat setiakawan, sepakat, kerjasama dan muhibbah. Bentuk bulatan pula membawa maksud kesepaduan dan bersatu hati. Lambang Persekutuan bermaksud berkhidmat dengan ikhlas untuk Negara.

PENGENALAN
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam PP18/2005. AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

PERANAN
Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
Mengukuhkan nilai kendiri;
Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan

VISI
Menjadikan AKRAB sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

MISI
Melaksanakan aktiviti bimbingan kepada warga organisasi;
Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
Bertindak sebagai perantara antara pegawai yang memerlukan bantuan dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB

!!! update !!!
ejaan PEMBIMBIMG tersilap (dipihak contributor / uploader), sepatutnya PEMBIMBING.. sila pastikan anda betulkan terlebih dahulu sebelum vector logo digunakan.. harap maklum..
!!! update !!!

DOWNLOAD

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.