17 Feb 2011   |     fqemo   |     Organisation, School   |    

Yayasan Guru Malaysia Berhad



Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatu dan menggemblengseluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik.

YGMB diuruskan oleh pengurusan yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. TAN SRI DATO’ HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM menggantikan Y. Bhg. Dato’ Hj. Salleh Bin Mohd Hussein mulai  16 Mei 2008 telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam usaha untuk memperkenalkan produk-produk baru untuk kebajikan para guru disamping menyusun semula struktur organisasi YGMB. YGMB juga telah menyahut seruan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan Indeks Penilian Prestasi (KPI) perlu diikuti oleh pegawai dan kakitangan YGMB serta anak-anak syarikat dengan tujuan untuk penambahbaikan, pemantapan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran YGMB.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.