Jualan Agro MADANI adalah suatu kempen jualan tanpa melalui orang tengah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan – FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang – LPP dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia – LKIM, di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan. Program Jualan Agro MADANI ini bertujuan untuk membolehkan rakyat sebagai pengguna menikmati harga produk² pertanian, perladangan & perikanan 10% hingga 30% lebih murah, namun petani dan peniaga masih dapat meraih keuntungan.
Kempen jualan ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak Kempen Jualan Keluarga Malaysia sekitar 2021-2022 lagi, yang juga mengambil konsep jualan pasar tani atau pasar pagi di beberapa daerah. Kini konsep jualan terus yang diberi nama baru ini sejak 2023 oleh Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani – MOA), melalui ketiga² agensi ini aktif melakukan kempen² jualan melalui Karnival Jualan Agro MADANI bagi membantu bukan sahaja rakyat mendapatkan terus produk² pertanian, perladangan & perikanan dari para petani, peladang & nelayan bahkan turut sama membantu para pengusaha – petani, peladang & nelayan itu sendiri memasarkan hasil² mereka di seluruh negara.
Download Logo Jualan Agro Madani 2024
Leave a Reply