14 Sep 2019   |     palacca   |     Event, Government, Sports   |     ,

Bulan Sukan Negara – BSN 2019



Logo Bulan Sukan Negara - BSN 2019

Bulan Sukan Negara – BSN 2019 adalah suatu kempen dari Kementerian Belia & Sukan – KBS bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia. BSN 2019 akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur dan untuk peringkat kebangsaan pelancarannya pada 12hb Oktober 2019. BSN 2019 dengan hashtag kempen #BSN19 akan berlangsung selama bulan oktober tersebut.

Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga & padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi. Sila layari portal rasmi BSN 2019 di, bulansukannegara.my

Objektif BSN 2019

Objektif utamanya adalah untuk:

  • membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat
  • memupuk semangat sukan
  • membangunkan ekonomi negara
  • meningkatkan pengetahuan sukan
  • pengiktirafan kepada rakyat

Kumpulan Sasaran BSN 2019

Terdiri dari semua golongan masyarakat, keluarga & kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU. Sementara lokasi adalah di mana-mana sama ada di luar bandar, pusat kesihatan, institut pengajian, tempat kerja serta kawasan perumahan.

Sasaran Aktiviti

  • 5 jam penyertaan
  • 3M – Mudah, Murah, Menarik
  • Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi)

Download

 

Free of The Week
Loading Preview...








1 Comment

  1. Adnan says:

    Logo mcm hidung haiwan babi…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.