1 Jul 2022   |     fqemo   |     Event, Festival, Malaysia   |    

Keluarga Malaysia Teguh Bersama



‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Annuar Musa berkata, pemilihan tema itu selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia diaspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

” ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Frasa tambahan ‘Teguh Bersama’ pula membawa maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

“Rakyat harus bersatu padu kerana kita masih belum menang, cabaran pasca pandemik masih lagi ada, semoga dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dapat mengembalikan kehidupan seperti empat tahun yang lepas,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Tema dan Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri, hari ini.

Free of The Week
Loading Preview...








1 Comment

  1. Loke for year 2022. Menteri hensem yang approve logo ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.