25 Feb 2020   |     fqemo   |     Government, Malaysia   |    

Majlis Bandaraya Seremban



Majlis Perbandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana ianya dinaikkan taraf dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang Dipertua yang menjalankan tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos 1998,  tanggungjawab serta tugas selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada seorang pegawai kerajaan yakni Y.Bhg. Dato’ Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban. Bermula 1 Ogos 2003 hingga 15 Ogos 2004, pemerintahan Yang Dipertua dipegang oleh Y.Bhg.Dato’ Mohd Jaafar bin Mohd Atan. Tanggungjawab tersebut disambung pula oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Abd Halim bin Haji Abd Latif mulai 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2018.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.