29 Apr 2017
Via: admin
Cat: Government, Malaysia, Politic
Tag:

Mukatamar Tahunan PAS Kali Ke 63

Logo Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63

Parti Islam SeMalaysia – PAS, hari ini telah mengadakan Mukatamar Tahunan PAS Kali Ke 63, di Kedah Darul Aman selama 3 hari, bermula hari ini 29 April hingga 1 Mei 2017. Muktamar PAS Ke 63 ini bakal menyaksikan pengundian dan pemilihan ahli parti di semua peringkat, serta pastinya perbincangan terhadap persediaan yang akan dilaksanakan untuk menghadapi pilihanraya umum – PRU14 dalam masa terdekat.. sudahkah anda mengundi..? 🙂

Logo Mukatamar Tahunan PAS Ke 63 ini sebenarnya adalah dipilih oleh juri profesional yang mahir dalam bidang grafik dari pemenang pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS yang telah dianjurkan sejak Februari – Mac 2017 lepas. Menariknya pertandingan itu juga telah menerima penyertaan dari peserta bukan Islam. Bagimanapon logo ini adalah hasil karya dari pemenangnya, Muhammad Hasrul yang juga exco Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang dan beliau telah menerima wang tunai RM1,630 serta sijil penyertaan.. tahniah..
kredit vector khat @palacca

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





ADVERTISEMENT