Dewan Muslimat PAS ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama’, Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Asal penubuhan Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai. Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui pada 1952, tahun sebelum penubuhannya.
Ketika itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu peruntukan di bawah “Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS” dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS.
Leave a Reply