29 Nov 2015   |       |     Government, Organisation   |     , , ,

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Terengganu Darul Iman



JKKK

 

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

 

 

Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

TUGAS & TANGGUNGJAWAB JKKK :

  1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
  2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
  3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
  4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain
  5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
  6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA

  • Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
  • Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.
  • Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.
  • Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan  kerajaan.
  • Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
  • Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.
  • Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
  • Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
  • Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
  • Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.
  • Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

AKTIVITI JKKK 

  1. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.
  2. Menberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal  kampung dalam mesyuarat JKKK.
  3. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.
  4. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.
  5. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK.
  6. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.
  7. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.
  8. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.
  9. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.
  10. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
  11. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.
  12. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.
  13. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.
  14. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.
  15. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk memajukan kampung.
  16. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan.

 

donlod-button-palacca

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.