21 Jan 2011   |       |     Organisation, Uniform Body   |    

PERKEP – Persatuan Keluarga Polis



Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.

Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.

Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B. Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.

Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

 

Free of The Week
Loading Preview...








12 Comments

  1. Faridah binti Sentol says:

    Assallammualaikum, saya bernama diatas amat berbesar hati ingin memohon kebenaran pihak persatuan PERKEP untuk memperkenalkan Syarikat Motivasi yang diterajui oleh suami saya kepada persatuan PERKEP. Sekiranya pihak puan memberi kebenaran dan kerjasama, maka saya akan mengemukakan Profil diri penceramah dan ceramah-ceramah yang akan diperkenalkan. Sedikit sebanyak penceramah,beliau adalah pakar dalam bidang motivasi kekeluargaan, keibubapaan dan anak-anak remaja.

    Besarlah harapan saya agar pihak puan dapat memberi penjelasan dan jawapan kepada saya melalui email di atas dan untuk pengetahuan puan saya adalah pesara Kerajaan.

    Sekian, terima kasih.

    ( FARIDAH BINTI SENTOL )
    h/p.0196094500

  2. Nurul Ain Sanuasi says:

    salam,

    Saya dari manulife financial, berbesar hati ingin memperkenalkan produk kami kepada warga perkep.
    Boleh terangkan pada saya dengan siapa saya boleh berurusan?

    terima kasih.

  3. Saya ingin memperkenalkan produk FM Cosmetics kepada pihak Perkep sekiranya sudi memberi peluang utk kami membuat bengkel kecantikkan. Jika berminat sila hubungi pihak kami FM COSMETICS SDN BHD.Cik Shanum Aaliyah Bt Abdullah.Contact : 03-21812000/013-3416881.
    Datang lah ke Showcase kami utk percubaan percuma produk2 kami – Perfumes, Cosmetics dan Skin Care.

    FM COSMETICS SDB BHD.B-0-5 MEGAN AVENUE 1,189 JALAN TUN RAZAK.

    SALAM,
    ASPALELLA SHAZALI

  4. Siti Sabihah says:

    Minta jasa baik ada x logo persatuan sejarah universiti malaya

  5. Omni says:

    minta maaf, saya tak boleh download logo ni. ada sesiapa boleh email saya sekarang? design1.omni@gmail.com

    • admin says:

      salam.. kenapa tak boleh download.. mohon jelaskan masalah / error yg keluar..

      Klik button ‘Download’ color hijau tu, kemudian dalam Forum page Download.. Klik button Download (color oren)..
      harap membantu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.