26 Oct 2014   |     fzikuz   |     School   |    

Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra



Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra terkenal dengan akronimnya SMIP berdasarkan nama asalnya, Sekolah Menengah Ismail Petra. SMK Ismail Petra merupakan sekolah kawalan aliran Melayu terawal yang ditubuhkan di negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya, pada 5 Januari 1969 sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Putera, dengan memakai nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab, dan dibuka secara rasmi pada 20 Mac 1969. Setahun kemudian, iaitu pada 20 Mac 1970, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di lokasi sekarang ini dan memakai nama Sekolah Menengah Ismail Petra, bersempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Negeri Kelantan ( sekarang merupakan Sultan Kelantan ).

SMIP kemudiannya menjadi sekolah perintis Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan (YBhg Tan Sri Datuk Seri Wira Abd. Rahman Arshad) bagi projek Sekolah Kawalan Khas pelajar aliran Melayu di Kelantan pada tahun 1971. Di bawah projek sekolah kawalan ini, pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dari seluruh negeri Kelantan dipilih untuk belajar di SMIP, bermula di Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Seterusnya, status sekolah kawalan khas ini kekal sehingga ke hari ini melalui program Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

SMIP merupakan sekolah ‘premier’ aliran Melayu terulung yang pernah ditubuhkan di negeri Kelantan. Sebagai sebuah sekolah yang ulung, SMIP telah banyak melakarkan sejarah kejayaan dan pencapaian cemerlangnya di persada pendidikan negeri dan kebangsaan. SMIP telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang menjadi tokoh-tokoh terkenal di seluruh negeri dan negara dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi, politik, sukan dan kemasyarakatan.

http://smkip.com/

Download Vector Logo of Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.