8 Sep 2011   |       |     Entertainment, Event, Music   |    

SuaraKami Konsert 2011



Suara Kami 2011 ialah festival muda mudi tergempak tahun ini yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September. Berinspirasikan mereka yang hidup, tidur dan makan muzik, Konsert Suara Kami 2011 bakal menampilkan persembahan hebat antara yang terbaik di Malaysia seperti Hujan, Yuna, Faizal Tahir, Stacy, Pop Shuvit, Psycho Unit & Rabbit Mac dan Soul Krazy.

Buat julung kalinya, Azlan & The Typewriter akan berkolaborasi dengan gitaris lagenda – Man Kidal, Joe Wings, Kit Search dan Hiliary Ang. Dalam acara ini juga, Altimet, Point Blanc, Ila Damia, Rabbit Mac dan DJ Fuzz akan mempersembahkan lagu “Malaysian Boy” secara langsung.

Kemuncak konsert akan menyaksikan persembahan artis luar negara seperti Rania, Hins Cheung, Naresh Iyer dan Chinmayi. Sementara itu, Karnival Suara Kami 2011 akan berlangsung mulai 12 tengahari dengan aktiviti ekstrem, permainan interaktif, pentas mini, dan banyak lagi.

Dapatkan pas masuk percuma melalui laman web rasmi Suara Kami 2011 di sini.

 

Download Vector Logo of  Suarakami Konsert 2011

 

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.