25 Apr 2011   |       |     Campaign, Entertainment, Event, Holiday   |    

Floria Logo





Putrajaya Floria, Festival Bunga dan Taman Putrajaya akan dianjurkan sekali lagi di Putrajaya, Malaysia. Pesta selama 9 hari ini akan bermula pada 9hb hingga 17hb Julai 2011.

Putrajaya Floria 2011 adalah acara bertaraf antarabangsa yang dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pengunjung pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan warna-warni dengan lokasi khas untuk memberikan peluang bergambar. Adalah diharapkan agar festival ini dapat menyemai rasa hormat dan cinta pengunjung terhadap alam semulajadi, warna, bunga, tumbuh-tumbuhan dan minat untuk berkebun.

Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di dalam kawasan seluas 15 ekar ini. Di samping itu, terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya.

Website: ppj.gov.my/putrajayafloria/floria

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.