21 Mar 2011   |     fqemo   |     Government   |    

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor PKPS



Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah enakmen no 12 tahun 1972 pindaan 1981 dan mula melaksanakan aktivitinya pada 1 mac 1973. Sebagai salah sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, PKPS telah diberikan peranan untuk memajukan industri pertanian bagi membantu mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan. Bagi maksud itu, PKPS akan menjalankan projek-projek komersial untuk faedah rakyat.

OBJEKTIF

  1. Membentuk sebuah organisasi korporat yang teguh, dinamik dan berdaya maju dengan menjalankan projek-projek pertanian komersial bagi tujuan mendapatkan pulangan yang maksima.
  2. Menggalakkan pembangunan pertanian di Negeri Selangor dalam usaha mencapai matlamat Dasar Ekonomi  Baru (DEB) iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui pertanian.
  3. Berlandaskan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju, PKPS sedang menggerakkan industri tani kepada gagasan yang lebih komersial, berteknologi dan global.

PKPS, demi wawasan dan masa depan sedang mempergiatkan usahanya untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi di Negeri Selangor melalui penglibatan yang aktif dalam pelbagai sektor pertanian dan industri-industri yang berasaskannya.

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.