4 Sep 2020   |       |     Hospital, Landmark   |     ,

Hospital Seri Manjung – HSM



Logo Hospital Seri Manjung - HSM

Hospital Seri Manjung ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Manjung, Perak, Malaysia. Pada awalnya Hospital Lumut telah dibina dalam tahun 1928 di atas sebuah bukit berhampiran Pekan Lumut dengan keluasan keseluruhan sebanyak 20 ekar. Namun hanya 4 ekar sahaja digunakan untuk pembinaan bangunan hospital. Pembinaannya pada ketika itu mampu untuk menampung penduduk Manjung seramai 20,536 orang.

Dengan pembangunan pesat Daerah Manjung dan pembinaan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Hospital Lumut tidak mampu lagi untuk menampung jumlah penduduk yang meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa. Cadangan untuk membina sebuah hospital baru di daerah manjung telah mula dirancangdi dalam Rancangan Malaysia ke-5 lagi. Cadangan ini dibuat memandangkan perlunya sebuah hospital baru yang serba lengkap serta dapat menyediakan perkhidmatan kepakaran yang tertentu, bersesuaian dengan pertumbuhan pesat Daerah Manjung bagi menggantikan Hospital Lumut yang agak usang.

Sebuah tapak baru seluas 46.088 ekar di Bandar Baru Seri Manjung telah dipilih menjadi lokasi hospital baru yang diperolehi dengan nilai RM 1 juta. Perlaksanaan projek ini telah dimulakan pada bulan Jun 1992 dengan majlis pecah tanah dan telah tamat pembinaannya pada 30hb November 1994. Pembinaan projek ini berkonsepkan secara ‘turnkey’ (pihak yang dianugerahkan projek tersebut, bertanggungjawab sepenuhnya keatas rekaan, penbinaan, pengurusan hingga selesai projek barulah diserahkan kunci kepada pemilik). Jumlah keseluruhan pembiayaan kos pembinaan hospital Seri Manjung ini dengan kelengkapan peralatan telah menelan belanja sebanyak RM73.093 juta.Hospital mula beroperasi pada bulan Mac 1995 dengan pelbagai kemudahan perkhidmatan.

Download

Senarai Logo² Hospital

 

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.