4 Sep 2020   |     deen1987   |     Hospital   |     ,

Hospital Pakar Sultanah Fatimah – HPSF



Logo Hospital Pakar Sultanah Fatimah - HPSF

Hospital Pakar Sultanah Fatimah – HPSF, merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia diasaskan sekitar tahun 1900 di Jalan Petri, Muar dan dikenali ketika itu sebagai Dispenseri Kerajaan. Perkhidmatan kesihatan umum telah berpindah ke tapak sekarang di Jalan Salleh pada tahun 1918 dengan siapnya perancangan bandar bagi Muar.

Bermula pada tahun 1920an, hospital ini dikenali sebagai Hospital Daerah Muar dalam pembangunan sehingga sekarang. Namanya kemudian ditukar dan diisytihar dengan nama baru, ‘Sultanah Fatimah Specialist Hospital’ selaras dengan status dipertingkatkan sebagai hospital pakar oleh Yang Mulia Sultanah Johor, Sultanah Zanariah pada 13 Oktober 2003.

Hospital ini merupakan hospital ke-3 paling penting di Johor selepas Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. Ia juga merupakan pusat rujukan bagi hospital zon utara bagi negeri Johor yang merangkumi daerah Batu Pahat, Segamat dan Tangkak. Tambahan lagi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah turut memainkan peranan sebagai ‘Hospital Latihan’ bagi pelajar perubatan Kolej Perubatan Melaka Manipal.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.