Politeknik Hulu Terengganu – PHT adalah sebuah politeknik di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi – KPT. Mula beroperasi pada Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu, PHT menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti. Kemudian pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasinya ke Daerah Hulu Terengganu. Hingga kini, PHT mempunyai hampir 400 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 60 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am.
Selaras dengan Visi & Misi KPT, PHT menawarkan beberapa kemudahan kepada para pelajar & kakitangan seperti bilik kuliah, makmal komputer, bilik MICE, perpustakaan, surau, kiosk dan sebagainya. PHT juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Hulu Terengganu – MDHT untuk menyediakan kemudahan seperti dewan, padang, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan juga kemudahan akses Perpustakaan Awam Hulu Terengganu.
Leave a Reply