23 Mar 2018   |     fqemo   |     Government, Malaysia, School   |     , ,

Pejabat Pelajaran Daerah Kerian PPD Kerian



Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pelajaran daerah bermula pada sekitar tahun 60an. Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan mula beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu merupakan satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada masa itu ada di antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah melangkaui beberapa daerah pentadbiran.

Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran selaku Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah. Beliau dibantu oleh beberapa pegawai iaitu Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula pejabat pelajaran daerah. Pengstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan jawatan – jawatan. Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Pada tahun 1995, sekali lagi berlaku pengstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB). Tiga unit diwujudkan untuk membantu dan melicinkan jentera pentadbiran, iaitu Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik serta Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Ekoran daripada itu Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah mengikut unit pengurusan berkenaan. Jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dikekalkan.

Merujuk kepada Pekeliling KP(PP)0051 Jld.10(66) bertarikh 23 Jun 2003 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia semua PPD / Bahagian seluruh negara distruktur semula. Perubahan ini telah mewujudkan tiga gred PPD / PPB iaitu Gred A, Gred B dan Gred C.

Sejarah Penubuhan PPD Kerian
Seiring dengan tindakan kerajaan menjalankan reformasi pendidikan di negara ini, struktur organisasi pentadbiran pendidikan juga turut berubah. Pada 1 JUN, 1982 diwujudkan Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Daerah Bahagian di seluruh negara.
Di negeri Perak penyusunan Pejabat Pendidikan Daerah mengikut daerah-daerah yang sedia ada. Sebanyak 9 buah Pejabat Pendidikan Daerah ditubuhkan di negeri Perak. Semua sekolah dalam sesuatu daerah berkenaan dikelola dan diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Sebagai sebuah daerah yang paling utara di Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian terletak di Bandar Parit Buntar (Pusat Pentadbiran Daerah). Pejabat ini di tempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Parirt Buntar ( sekarang Sekolah Kebangsaan Seri Kerian).
Pada peringkat awal penubuhan, pejabat ini mempunyai 6 orang pegawai dan 5 orang kaki tangan sokongan. Kesan dari penubuhan dan tanggungjawab yang bertambah dari masa ke semasa jumlah pegawai dan kaki tangan di pejabat ini telah bertambah kepada 16 orang pegawai dan 7 orang kaki tangan sokongan. Bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian telah diubah suai beberapa kali untuk memenuhi tuntutan semasa dan keperluan pengisian pegawai-pegawai di pejabat ini. Daerah Kerian dengan keluasan tanah meliputi 91 882 hektar dan penduduk seramai 150 000 orang. Daerah pentadbiran pejabat ini meliputi 14 sekolah menengah dan 64 sekolah rendah.









2 Comments

  1. Cikgu says:

    Alhamdulillah.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.