23 Mar 2018   |     aminblezz   |     School, University   |    

Kolej Vokasional Balik Pulau



Logo Kolej Vokasional Balik Pulau

Kolej Vokasional Balik Pulau ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 dan mula beroperasi pada tahun 1993 dengan penerimaan kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau, (SMV Balik Pulau) . Sekolah ini menawarkan 4 pengkhususan aliran iaitu Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik bagi kumpulan teknik dan Pengaturcaraan Komputer, Elektrik & Elektronik bagi kumpulan vokasional.

Mulai 1997, sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau, (SM Teknik Balik Pulau). segala kemudahan yang sedia ada akan sentiasa ditambah terutama bilik darjah, makmal sains dan blok asrama mengikut keperluan semasa. Pada 2009, Kementerian Kerajaan Malaysia telah mengubah dasar pendidikan teknik dan vokasional. Maka dengan itu, Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau telah bertukar nama kembali kepada Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau, (SMV Balik Pulau).

Pada tarikh 1 Januari 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah memantapkan lagi arus dasar pendidikan teknik dan vokasional negara dengan tertubuhnya 15 sekolah perintis yang akan melaksanakan sistem pembelajaran bersemester yang menawarkan Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia. Transformasi pendidikan vokasional negara ini telah membawa kepada banyak perubahan yang positif. Justeru itu kepercayaan telah diberikan oleh pihak kementerian sepenuhnya kepada Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau untuk menjadi salah sebuah sekolah perintis di Malaysia yang menjalankan dasar sistem pembelajaran yang baru ini. Dengan itu, berdirilah megah sekolah ini dengan dikenali sebagai Kolej Vokasional Balik Pulau, (KV Balik Pulau).

Download Logo

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.