
VISI
Menjadi sebuah badan penggerak utama menerajui Negara melalui proses tripartisme, membentuk budaya kerja selamat dan sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat.
MISI
Untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan seterusnya mewujudkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di kalangan majikan, pekerja dan semua pihak. Di samping itu juga untuk memastikan wujudnya sistem rangkaian pengurusan keselamatan dan kesihatan yang adil dan pelaksanaan sistem perlindungan keselamatan pekerjaan yang menyeluruh.
FUNGSI
MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincang, mengkaji, menyiasat dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia berkenaan dengan apa-apa perkara berhubung dengan tujuan-tujuan Akta 514 terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta tersebut berkenaan dengan:-
- Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja;
- Masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
- Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
- Penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubung dengan pekerjaan;
- Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
- Penggalakan pembangunan dan penerimapakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan; dan
- Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang yang cedera di tempat kerja.


macam mana saya nak download logo ini
kat atas tu ada link untuk download – ‘CLICK HERE TO DOWNLOAD VECTOR LOGO’
klik pada link tu..
link tu akan bawa ker page sumber, iaitu di Vectorise Forum, tempat kami upload file..
dalam page tu nnt ada button Download warca oren, klik button Download tu..
harap membantu..