26 May 2015
Via: Azneeta
Cat: School
Tag:

Kolej Vokasional Sungai Petani 1 – KVSP1



KVSP1

Kolej Vokasional Sungai Petani 1 – KVSP1 mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1, beralamat di Lot 82, Kampung Sungai Tukang, Sungai Petani, Kedah. Projek pembangunan sekolah ini membabitkan kawasan seluas 41 ekar ini dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM 37 juta. Pada Januari 1997, sekolah ini telah dinaik taraf ke Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Sejak tahun 2010 pimpinan sekolah ini telah berjaya meningkatkan keputusan SPM SMVSP1 dan dengan itu telah meningkatkan status sekolah daripada Band 6 ke Band 4.

Pada tahun 2012, SMVSP1 menjadi salah sebuah Kolej Vokasional Rintis mewakili negeri Kedah dan merupakan antara 15 buah KV (Kolej Vokasional) rintis di Malaysia. KVSP1 (Rintis) telah mendapat Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dan Akaun Tahun 2012 daripada Jabatan Akauntan Malaysia. KVSSP1 tersenarai antara sepuluh sekolah terbaik di antara 300 PTJ Negeri Kedah. Pada tahun 2012 di bawah program Transformasi Pendidikan Vokasional, sekolah ini telah dinaik taraf ke Kolej Vokasional Sungai Petani 1 (Rintis) bersama-sama dengan 15 buah KV yang lain di seluruh Malaysia.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *