14 Mar 2015   |       |     Finance, Organisation   |    

Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM (New)



Logo Amanah Ikhtiar Malaysia - AIM

Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM adalah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan dan didaftarkan pada 1987. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia – USM dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Objektif AIM adalah :

  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :

  • Pembiayaan Modal
  • Simpanan Wajib
  • Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

Download Vector Logo of AIM

 

Free of The Week
Loading Preview...








2 Comments

  1. UKK says:

    Ini bukqn logo rasmi AIM. Sila rujuk ke laman web http://www.aim.gov.my untuk logo rasmi AIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.