6 Oct 2013   |     admin   |     Aidilfitri, Festival, Islamic Khat   |    

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidiladha vector

Selamat Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban disambut pada 10 Zulhijjah tahun Hijrah kalendar Islam.

Bulan Zulhijjah adalah bulan ke-12 iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam, sebelum umat Islam masuk ke bulan seterusnya iaitu Muharram dan menyambut Tahun Baru Hijrah.

Bulan Zulhijjah adalah antara bulan istimewa dalam Islam, sebagaimana ulama menafsirkan firman Allah dalam Al Quran Surah Al Fajr; “Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh.” [QS 89:1-2].. Ibnu Abbas r.a. menafsirkan keutamaan tersebut adalah ibadah yang dituntut pada 10 hari awal bulan Zulhijjah (selain dari 10 mlm terakhir Ramadan), sama ada menunaikan Ibadah Haji (bagi yg berkemampuan) atau melakukan ibadah qurban (bagi yg tidak berhaji), serta memperbanyakkan amalan² sunat yang lain seperti puasa Arafah, berzikir dan lain² amalan yang baik.. wallahua’lam..

Download Vector Khat Selamat Hari Raya Aidiladha









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.