6 Dec 2012   |     palacca   |     Government   |     ,

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO)



Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjwab kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan “Confidential General Circular No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya”. Tugas utama jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan. Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila kementerian tersebut di tubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari 1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana di tetapkan.

  http://www.cgso.gov.my/~cgso/portal/









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.