12 Jul 2011   |     Bapak   |     Government, School   |    

Perpustakaan Desa



 

Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar. Merupakan cawangan kecil dan sebuah pusat yang memberi perkhidmatan serta memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Perpustakaan desa diwujudkan untuk masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh bagi membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.

  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku
  • Perkhidmatan rujukan
  • Perkhidmatan komputer – melayari internet secara percuma
  • Mesin pengimbas dan mesin pencetak
  • Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
  • Mengadakan pusat pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia
  • Kesedaran semasa
  • Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Promosi Galakan Membaca di tempat anda.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.