5 Apr 2011   |     Ataei   |     Government   |    

Majlis Agama Islam Negeri Kedah [MAIK]



Sejarah Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Yang Ketiga

Majlis ini diwujudkan mengikut peruntukan Enakmen pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang dikuatkuasakan pada 01 April 2008 bersamaan 24 Rabiulawal 1429H.

Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang ketiga berlaku pada pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’azzam Shah dan serentak dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan bertujuan untuk menolong dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri di dalam perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Agama Islam di negeri ini.

Website : http://www.maik.gov.my









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.