Sekolah ini telah dibina sebagai sekolah persendirian pada tahun 1938 dan dimulakan oleh Sisters apabila pihak gereja menghadiahkan sebuah banglo yang dapat dijadikan 3 buah bilik darjah. Sister Martha muncul sebagai pengetua sekolah yang pertama. Pada tahun 1939 timbul keperluan untuk membesarkan sekolah kerana peningkatan jumlah pelajar. Sebuah dewan dan 8 buah bilik darjah dibina. Sister Micheal menggantikan tempat Sister Martha selepas beberapa tahun beliau berkhidmat.



Leave a Reply