
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan – MAIK, ditubuhkan pada 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan menyediakan piagam pelanggan bagi mempastikan keperluan dan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi:
- Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada setiap pelanggan
- Memberi penerangan yang jelas dan kiraan taksiran yang tepat kepada Pembayar Zakat serta mempastikan setiap pembayaran dapat disiapkan dalam masa 5 hingga 10 minit
- Mempastikan agihan bantuan wang zakat kepada asnaf-asnaf dilakukan pada tahun semasa
- Memproses permohonan sewaan premis dan tanah MAIK dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan
- Menerima pembayaran sewaan premis dan tanah MAIK dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan segala pengaduan kerosakan bangunan-bangunan MAIK akan diambil tindakan dalam masa 2 minggu



Leave a Reply