23 Jan 2011   |     fqemo   |     Malaysia, Sports   |    

Majlis Sukan Negeri Perak



Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama telah bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama ialah Encik Mahaiyuddin Bin Arshad yang mula bertugas pada 1 November 1989 hingga 30 April 1993. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Encik Mazelan Bin Ahmad Baharin yang mula bertugas pada 1 Julai 1993 dan berakhir pada 31 Disember 1996. Tempat beliau digantikan pula oleh Encik Abdul Puhat Bin Mat Nayan yang mula bertugas pada 1 Januari 1997 hingga 31 Oktober 2005. Sebelum pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan digunakan, Majlis Sukan Negeri Perak telah beroperasi di suatu blok rumah kedai yang disewakan beralamat di No 4, Medan Istana 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Bandar Ipoh Raya, Perak Darul Ridzuan.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.