SMK Tebong merupakan sekolah menengah yang telah dibuka pada 1 Disember 1994. Ketika itu bangunan baru masih belum siap dibina, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Tebong untuk sementara waktu. Kebanyakan guru yang dihantar ke sekolah ini adalah berasal dari SMK Mansur Syah dan SMJK Pulau Sebang di Pulau Sebang. Peneraju pertama ialah Tuan Hj. Mohd Shah bin Lesut dengan guru-guru peneroka pada masa itu adalah En. Subramaniam A/L Rengasamy (GPK 1), Cik Lai Sew Yun (GPK HEM), En. Ramli Mohd. Zain (GPK KOKU), En. Lim Ah Yee, En. Abdul Lajis Sulaiman, En. Abdul Manaff Daud, En. Nadzir Topimin, Pn. Dayang Jemaah, En. Yap Hon Kong dan seorang bukan guru iaitu En. Sharif Suboh. Sesi persekolahan berjalan pada waktu petang dengan sokongan 9 orang guru dan 3 orang pekerja. Murid yang mendaftar pada masa itu adalah seramai 150 orang. Bilangan kelasnya ialah Peralihan (75 orang) dan 3 kelas Tingkatan satu (75 orang).
Download Vector Logo of Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong, Melaka
Leave a Reply