Kulai pada tahun 1920, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan.Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa cina di stesen Kereta api di Kulai. Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa cina maka namanya di tukar ke Kulai, dan ini terus kekal sehingga kini.
Download Vector Logo of Majlis Perbandaran Kulai
submitted by fqemo
Leave a Reply