
Program SDSI mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1992 sebagai Satu Kampung Satu Produk – SKSP, mengambil pengalaman Program One Village One Product – OVOP, dari Jepun yang telah bermula sejak 1979. Pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi ‘Satu Kampung Satu Industri – SKSI’ dan kemudian diberi nama baharu kepada ‘Satu Daerah Satu Industri – SDSI‘ pada tahun 2003. Pelaksanaan OVOP turut dilaksanakan di seluruh dunia antaranya Jepun, Taiwan, Filipina, Kemboja, China, Indonesia dan Laos, di mana pelaksanaannya tidak terikat kepada satu produk bagi setiap daerah, kampung, wilayah serta bandar.
Pelaksanaan Program SDSI telah dikeluarkan oleh ICU, JPM pada tahun 2006. Pelaksanaan SDSI
tersebut telah ditambah baik melalui pewujudan Garis Panduan Pelaksanaan Program SDSI Tahun 2012, serta Garis Panduan Pelaksanaan Program SDSI Tahun 2012.
Pada 16 Januari 2019, tugas penyelarasan dan pelaksanaan Program SDSI telah diserahkan daripada ICU, JPM kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – KUSKOP.
Kini penjenamaan semula Program Satu Daerah Satu Industri 2.0 – SDSI 2.0 ini dirangka dengan lebih holistik mengambil kira ekosistem keusahawanan serta diselaraskan dengan agenda pembangunan negara seperti Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Program SDSI merupakan program pembangunan ekonomi yang dijalankan secara komuniti dan dapat memberi manfaat langsung kepada produk atau perkhidmatan yang berasaskan sumber bahan mentah dari dalam atau luar negeri. Walau bagaimanapun, penggunaan sumber bahan mentah tempatan adalah digalakkan.
Download Vector Logo SDSI 2.0



Leave a Reply