Matlamat penubuhan Agrobazaar Kedai Rakyat adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang-orang kampung di samping menjual barangan keperluan asas dengan harga yang telah ditetapkan. Salah satu mekanisma mengatasi kemiskinan dan memberi peluang menambah pendapatan kepada masyarakat setempat. Menawarkan barang keperluan asas dan produk-produk pertanian pada harga patut dan sebagai mekanisma mengawal inflasi di samping memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan. Untuk menggalakkan aktiviti urusniaga produk hasil-hasil pertanian yang diusahakan (Konsep pasaran-pengeluaran-pemasaran) masyarakat setempat selaras dengan kempen kerajaan “Pertanian adalah Perniagaan”
Menyediakan outlet pemasaran alternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui.
DOWNLOAD Vector Logo Agro Bazaar
Leave a Reply