
Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 (D3PKN2030) dilancarksan sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil – HPPK 2024 lepas. Dasar yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi – KUSKOP ini menggariskan teras strategik dan inisiatif dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan penjaja dan peniaga kecil yang holistik dan kondusif.
Kerajaan berhasrat untuk membangunkan ekosistem perniagaan yang lebih inklusif dan mampan, yang akan membolehkan penjaja dan peniaga kecil menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan.
Karnival HPPNK 2025 akan diadakan di Temerloh, Pahang akan diadakan selama tiga hari dari 31 Oktober – 2 November 2025. Pelbagai kategori barangan jualan tempatan boleh didapati di sana nanti, antaranya jualan pelbagai produk penjaja dan peniaga kecil, jualan murah koperasi dan usahawan, jualan usahawan produk halal, jualan produk Satu Daerah Satu Industri – SDSI dan Jualan Agro MADANI dari negeri² seluruh Malaysia.
Download Vector Logo HPPK 2005



Leave a Reply