2 Mar 2011   |     Emon   |     Event, Government, School   |    

Program NILAM



PROGRAM NILAM ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Program ini dijalankan bermula dari Januari hingga September setiap tahun.

Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen termasuk keratan akhbar. Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke dalam Buku Catatan Bacaan. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat Sumber. Pelajar yang mencatat jumlah bacaan terbanyak akan menerima hadiah.









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.