30 Apr 2024   |       |     Event   |    

Karnival Jom Heboh Edisi Raya 2024



Jom Heboh Edisi Raya 2024

Karnival Jom Heboh Edisi Raya bagi tahun 2024 ini, mula dianjurkan pada tahun 2003 di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Tujuan Karnival Jom Heboh yang mulanya dulu dikenali sebagai ‘Sure Heboh’ bagi menggalakkan ekonomi para usahawan kecil memasarkan perniagaan mereka terus kepada para pelanggan melalui karnival ini yang diwarnai dengan konsert hiburan anjuran Media Prima melalui TV3, bagi menarik kehadiran ribuan pengunjung datang berhibur sambil membeli belah.

Selain konsert hiburan, para pengunjung berpeluang membeli pelbagai barangan usahawan kecil & sederhana seperti produk makanan, pertanian, kesihatan, pakaian dan bermacam lagi produk-produk boleh di dapati di karnival Jom Heboh seperti ini. Biasanya karnival Jom Heboh ini di adakan selama 3 hari, iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad pada hujung bulan atau awal bulan, iaitu selepas hari gaji.

Tahun ini Karnival Jom Heboh Edisi Raya akan dimulakan di Putrajaya, iaitu di Tapak Pakir Presint 3, Belakang Istana Kehakiman, Putrajaya. Di jadualkan akan bermula pada 3hb hingga 5hb Mei 2024, dari jam 9am ~ 11pm sepanjang 3 hari tersebut. Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk memenangi berbagai hadiah-hadiah menarik anjuran peniaga-peniaga Jom Heboh, bahkan berpeluang juga untuk memenangi cabutan bertuah anjuran penganjur Karnival Jom Heboh sendiri, pastikan anda hadir dan daftar sebagai pengunjung di pintu masuk atau di gerai Jom Heboh itu nanti.

Download Logo Jom Heboh Edisi Raya

.

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.