24 Oct 2021   |     JrMann   |     Company, Government, Organisation   |     , ,

Pelan Induk Terengganu Sejahtera PITAS2030



PITAS2030

Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) merupakan Pelan Induk yang menggabungkan pembangunan manusia dan pembangunan ekonomi secara holistik dan komprehensif. Secara makronya, halatuju pembangunan manusia memberi tumpuan kepada melahirkan rakyat yang beragama, bermasyarakat dan berkebajikan.

Manakala halatuju pembangunan ekonomi memberi tumpuan kepada meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan baharu kepada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Kedua-dua elemen dalam PITAS2030 ini akan mewujudkan model pembangunan Islam yang akan menjadi contoh kepada masyarakat Malaysia.

1 – Pelan Perancangan Pembangunan Terengganu yang lebih holistik dan komprehensif dalam membawa dasar negeri “Maju, Berkat, Sejahtera” dengan berteraskan prinsip-prinsip Islam.

2 – Memanfaatkan keperluan dan Potensi Sumber Keberhasilan ekonomi negeri yang sedia ada dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

3 – Memperkukuhkan keupayaan Pembangunan Insan dalam meningkatkan daya saing dan produktiviti negeri.

4 – Memaksimumkan Perkhidmatan Sistem Penyampaian yang responsif dan pantas melalui Kerajaan Digital bagi memenuhi kehendak rakyat.

5 – Memperkayakan Personaliti Budaya Dan Warisan Negeri yang dilihat berpotensi untuk dimajukan sehingga ke peringkat antarabangsa.

6 – Menyelaraskan Pembangunan Dan Inisiatif Daripada Kerajaan persekutuan sesuai dengan konsep Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

7 – Meletakkan sasaran 2030 seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diadaptasi mengikut prinsip-prinsip Islam.

 

7 PRINSIP PITAS2030

  1. Pematuhan Kepada Prinsip Islam
  2. Insan Berkualiti Aset Terpenting Negeri (Kerajaan Teknokrat)
  3. Pembangunan Lestari
  4. Kekayaan & Hasil Tempatan Adalah Untuk Rakyat
  5. Negeri Berkebajikan
  6. Kerajaan Negeri Sebagai Pemandu, Pemudahcara & Pemantau
  7. Budaya Politik Matang dan Sejahtera

FALSAFAH

Membina sebuah masyarakat & pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah

SUMBER : https://pitas2030.terengganu.gov.my/pitas2030/

 

 

 

 

 

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.