Sambutan Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002 yang turut diamalkan di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom. Selain itu, negara-negara seperti India dan Thailand pula memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.
Objektif Utama
Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian
Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara
Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.
Leave a Reply