Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut telah dibina pada tahun 2007, 10km dari pusat bandar Jerantut, Pahamg dan mula beroperasi pada 19 Disember 2011. Institut ini diuruskan oleh Jabatan Tenaga Manusia – JTM yang berperanan sebagai jabatan yang bertanggungjawab bagi melahirkan tenaga kerja mahir (skilled workers) untuk memenuhi keperluan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi sektor perindustrian negara.
Di antara kursus kemahiran yang dijalankan di ADTEC Jerantut, adalah diperingkat diploma, iaitu Diploma Teknologi & Diploma Teknologi Kemahiran. 4 bidang utama yang dijalankan di institut ini ialah:
- Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
- Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk Industri
- Teknologi Kejuruteraan Polimer
Leave a Reply