12 Aug 2019   |     deen1987   |     Hospital   |    

Hospital Parit Buntar



Logo Hospital Parit Buntar

Hospital Parit Buntar, Perak, terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Berkeluasan seluas 60,720 kaki persegi manakala keluasan bangunan adalah seluas 28,327 kaki persegi. Sejarah asalnya Hospital Parit Buntar adalah sebuah bangunan Sekolah di Parit Buntar yang telah dibina pada tahun 1925 dan kemudiannya digunakan sebagai hospital pada tahun 1931. Pada permulaan operasi, Hospital Parit Buntar mempunyai beberapa buah bangunan sahaja sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1925. Beberapa bangunan telah dirobohkan disebabkan kerosakan dan struktur bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Kebanyakan bangunan ini mempunyai rekabentuk British.

Namun kini Hospital Parit Buntar telah dinaik taraf menjadi bangunan baru dan moden dengan 12 unit telah diwujudkan, di antaranya Unit Pentadbiran, Unit Pesakit Dalam, Unit Kecemasan, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Makmal Patologi, Unit Jabatan Pesakit Luar, Unit Sajian, Unit Haemodialisis, Unit Fisioterapi, Unit Lawatan Pakar, Unit Farmasi Dan Bekalan serta Unit Rekod.

Download

 









No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.