Hospital Sabak Bernam dibina di sebuah tapak seluas 50 ekar berhampiran Ladang Torkington lebih kurang 1 Km dari Pekan Sabak Bernam. Pembinaannya telah dimulakan dengan pembelian tapak dari Ladang Torkington pada tahun 1983 dengan harga RM 440,000.00. Walaubagaimanapun projek pembinaan mengikut Konsep Nukleus dengan 93 katil bermula pada tahun 1990 dan disiapkan pada 9 Mei 1994. Hospital ini berharga RM 37.53 juta. Diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 15 Julai 1994. Perasmiannya pada 3 Oktober 1998 disempurnakan oleh Sultan Selangor ketika itu dan menamakan hospital ini sempena nama bondanya. Maka secara rasmi bertukar nama kepada Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.
Leave a Reply