17 Jan 2019   |       |     School   |    

SMKA Sheikh Hj Mohd Said – SMKA SHAMS



Logo SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban

SMKA Sheikh Hj Mohd Said atau SMKA SHAMS, merupakan sebuah Sek. Men. Keb. Agama (SMKA) yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. Dikenali sebagai SHAMS, ia merupakan sebuah sekolah agama yang ditubuhkan pada tahun 1959 di Istana Seri Menanti lama, Kuala Pilah, N. Sembilan dengan kemasukan 40 pelajar lelaki. Ia berada di bawah naungan kerajaan tempatan N. Sembilan dan secara rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Tinggi (SUMT) N. Sembilan dengan rujukan sebagai sekolah agama pertama di N. Sembilan ketika itu.

SHAMS mula mengambil pelajar perempuan pada tahun 1963 dan ia telah mencapai peningkatan hingga 135 jumlah pelajar dan akhirnya ia telah berpindah ke tempat baru dari kuala Pilah ke Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban. Pada tahun 1977, pengurusan sekolah telah diserahkan kembali kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan nama sekolah kemudiannya diubah kepada Sek. Men. Keb. Ugama (SMKU) Seremban. Akhirnya pada tahun 1984, sempena perayaan ‘Jubli Perak’ (ulang tahun ke 25), nama sekolah itu telah diubah mengambil nama seorang ulama yang terkenal, Sheikh Haji Mohd Said.

Download

 

Free of The Week
Loading Preview...








No Comments

No comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.