‘Menerajui Kesejahteraan Selangor‘ adalah slogan baru yang telah diisytiharkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 – PRU14 tak lama lagi. PAS beriltizam untuk meneruskan kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang telah dicapai bersama melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi dua penggal berturut-turut bermula 2008 dan 2013.
Dan PAS menyatakan ikrar akan terus berusaha serta mengambil inisiatif dan pelbagai langkah serta pendekatan Islam untuk mempertingkatkan lagi perjuangan dan pencapaian yang ada. Untuk itu mereka juga telah mencipta lagu khusus untuk kempen memenangi Selangor pada PRU14 ini, bertajuk Menerajui Kesejahteraan Selangor ♫ (Youtube video)
Lihat juga : Logo Political Parties
Leave a Reply