2 Aug 2017
Via: admin
Cat: Food, Misc
Tag:

Pasar Komuniti dan Karavan – PAKAR



Logo Pasar Komuniti & Karavan - PAKAR

Pasar Komuniti dan Karavan – PAKAR adalah merupakan salah satu daripada projek EPP (Entry Point Projects), di bawah NKEA dengan sasaran kerajaan Malaysia untuk meningkatkan Pendapatan Negara Kasar – PNK per kapita dua kali ganda menjelang 2020. Di awal perancangan projek PAKAR adalah merupakan EPP 2 di bawah NKEA 7 Pemborongan & Peruncitan yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan – KPDNKK. Mulai tahun 2012, projek PAKAR telah dipindahkan ke NKEA 11. Pertanian sebagai EPP 17 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – MOA dan FAMA kekal sebagai agensi Pelaksana.

Tujuan Pelaksanaan Projek

Pasar Komuniti dan Karavan – PAKAR merupakan ‘Entry Point Projects – EPP’ yang bertujuan untuk memodenkan pelaksanaan ‘Pasar’ di bawah satu konsep melalui:

  • Pemodenan kaedah niaga penjaja-penjaja di bawah satu bumbung di lokasi yang kekal mengikut kluster dan waktu niaga yang ditetapkan.
  • Penawaran pengalaman membeli-belah dalam konsep moden dan bersih dengan jaminan keselesaan kepada peniaga, penjaja dan pengguna dalam aspek penyediaan premis dan kemudahan asas yang lebih teratur, kemas, selesa dan bersih dengan imej baru.
  • Penyediaan platform/infrastruktur sebagai tapak untuk kegiatan/aktiviti komuniti.
  • Usaha menggalakkan penjaja berniaga dengan konsep peragaan dan pakaian yang seragam agar lebih tersusun, kemas, bersih dan menarik.
  • Usaha menggalakkan penggunaan kenderaan niaga dengan reka bentuk khas (karavan/unit bergerak) yang lebih menarik dan bersih.
  • Menyediakan peluang pekerjaan tambahan serta meningkatkan tahap keusahawanan dan pendapatan kumpulan sasaran terlibat.
  • Memelihara kesinambungan warisan pasar-pasar penjaja dengan menyerapkan konsep transformasi moden kearah Negara maju menjelang 2020.

Download

 









1 Comment

  1. nashar says:

    salam admin sy nk request log KUIPs(Kolej Universiti Islam Perlis) leh x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *